Sunday, December 5, 2010

Opick featuring Amanda - Maha Melihat (Super HQ Audio/Video)

satu nasyid yang best dan menginsafkan (:


assalamualaikum..hai!


hari ini aku menhabiskan masa kau dengan kawan-kawan seperti biasa hanim dan aina.fikiran aku sangat kusut hari ini.aku tak tahu kenapa.selepas menunaikan solat isyak dan solat sunat dua rakaat aku dan kawan-kawan aku pergi mengambil angin dan bersiar-siar sekitar ict shah alam.tak dinafikan tempat itu memang cantik dan romantik.penuh dengah chahaya lampu yang menyinari.sesekali hati aku sebak.namun aku lempar jauh-jauh perasaan itu.kerna aku ingin bergembira dan lupakan masalah aku pada ketika ini bersama teman-teman aku.aku lega.aku tenang.aku gembira.ya Allah aku bersyukur padamu.

aku tahu aku mesti kuat.aku mesti tabah.aku tak boleh lemah dan jatuh.hidup mesti diteruskan.dan mengertilah bahawa jika seseorang isteri itu bersedih dan terluka maka dia akan menangis didalam hatinya.kerna dia tidak mahu kelihatan lemah dihadapan pemberi semangatnya,iaitu suami nya.aku juga ingin jadi wanita yang kuat walaupun aku maseh muda.mungkin ada hikmah disebalik semua ini.aku mengerti aku redha.aku harap aku akan kuat dan sentiasa kuat seperti ini untuk masa akan datang.aku gembira bersama teman-teman aku.aku bahagia bersama keluarga aku.syukur padamu Ya Allah..:)

Saturday, December 4, 2010

aku tak tahu apa dosa dan salah aku dimasa lalu..sebagai manusia dan salah satu hamba allah diatas muka bumi ini aku hanya mampu memohon ampun pada-NYA.betapa kejamnya engkau terhadap aku.sakitnya hati aku.sampainya hati engkau.apa salah aku?apa?kalau salah kerana tulusnya mencintai seseorang itu,kalau salah kerana sanggup berkorban demi seseorang itu,dan kalau salah kerana merindui seseorang itu...kenapa perlu wujudnya CINTA??.jangan kata engkau sayang kalau engkau tak sayang.sakitnya hati aku setiap kali engkau berbuat begitu.engkau memang kejam.mengguris dan melukakan hati kecil ini tanpa rasa simpati sedikit pun dihati engkau.hanya kata maaf yang engkau berikan.hanya itu sajakah yang mampu engkau lihat?butakah engkau sampai engkau tidak melihat betapa aku sangat menyayangi dan mencintai engkau?betapa aku sanggup melakukan apa saja untuk engakau?butakah engkau hah?disaat orang lain begitu gembira berkongsi cerita gemgira mereka..aku hanya meratap pilu keseorang.tiada engkau untuk aku berkongsi kegembiraan ini..kenapa engkau mainkan cinta ini.kalau engkau dah tak sayang berterus terang lah pada aku.jangan seksa aku kerana tak sanggup lagi aku menanggung.tahukah engkau betapa terlukanya aku bila engkau tidak melayan aku seperti dahulu.cuba engkau rasakan apa yang aku rasa pastinya kau akan menyesali cinta aku.hanya kini air mata aku mula mengalir tapi engkau maseh belum berubah engkau tetap sama.dan kini aku memohon maaf dengan hati dah tertutup..