Sunday, December 5, 2010



assalamualaikum..hai!


hari ini aku menhabiskan masa kau dengan kawan-kawan seperti biasa hanim dan aina.fikiran aku sangat kusut hari ini.aku tak tahu kenapa.selepas menunaikan solat isyak dan solat sunat dua rakaat aku dan kawan-kawan aku pergi mengambil angin dan bersiar-siar sekitar ict shah alam.tak dinafikan tempat itu memang cantik dan romantik.penuh dengah chahaya lampu yang menyinari.sesekali hati aku sebak.namun aku lempar jauh-jauh perasaan itu.kerna aku ingin bergembira dan lupakan masalah aku pada ketika ini bersama teman-teman aku.aku lega.aku tenang.aku gembira.ya Allah aku bersyukur padamu.

aku tahu aku mesti kuat.aku mesti tabah.aku tak boleh lemah dan jatuh.hidup mesti diteruskan.dan mengertilah bahawa jika seseorang isteri itu bersedih dan terluka maka dia akan menangis didalam hatinya.kerna dia tidak mahu kelihatan lemah dihadapan pemberi semangatnya,iaitu suami nya.aku juga ingin jadi wanita yang kuat walaupun aku maseh muda.mungkin ada hikmah disebalik semua ini.aku mengerti aku redha.aku harap aku akan kuat dan sentiasa kuat seperti ini untuk masa akan datang.aku gembira bersama teman-teman aku.aku bahagia bersama keluarga aku.syukur padamu Ya Allah..:)

No comments:

Post a Comment