Thursday, January 20, 2011

di hening malam


mulai esok kelas gitar sudah bermula kembali.semakin berat lah tanggungjawab dan tugas aku sebagai seorang pelajar universiti selepas ini.tambah2 lagi sifu gitar aku memberitahu bahawa latihan kali ini untuk persediaan aku menyertai FESENI tahun hadapan.insyallah aku akan berusaha keras untuk capai cita-cita aku.semoga nenek aku sempat melihat persembahan aku yang selalu dia panggil sebagai "kugiran" berhasil.beriya-iya benar orang tua itu mau melihat aku membuat persembahan.malangnya aku belum mahir dan perlu tunjuk ajar.aku juga sudah mula berjinak-jinak dengan dunia permodelan.masuk kali ini sudah 3 sesi photoshoot aku sertai alhamdulillah..

aku cuma mahu mencuba sesuatu yang baru.mama penah berkata "tak salah kalau diberi ruang dan peluang untuk kita mencuba selagi kita tahu dimana kita dan siapa kita sebenarnya"..

pasal projek-projek besar kolej yang aku sertai mujur tidak terlalu sibuk buat masa sekarang.sekadar satu dua mesyuarat yang aku perlu hadiri.mengenai tajaan,aku perlu uruskan dengan golongan VVIP yang sangat gatal.tapi demi tanggungjawab aku jalankan juga.insyallah tidak ada apa yang tidak diingini berlaku ameenn..tugasan sudah pun aku terima jadi aku perlu bermula sedikit demi sedikit supaya aku tidak terlalu kalut bermain masa nanti..bahasa jepun aku juga tidak kurang hebatnya.mendapat sensei yang agak tegas kali ini boleh mengurangkan sifat malas aku barangkali.walaupun sibuk aku tetap punya masa untuk membaca dan ulangkaji serba sedikit.bahasa jepun terutamanya.ya..kesibukkan ini banyak melupakan aku pada benda yang tidak ingin aku pikirkan.cukuplah jika sekadar melintasi akal waras aku saja..cukuplah sekadar parut lama yang masih belum hilang ini.untuk terimanya lagi sekali aku tak sanggup...

dalam kesibukkan ini juga aku terbaca satu puisi yang memikat hati aku berbunyi..

aku memilhmu

untuk menemani dikala siang tak bermentari

saat malam tak berbintang

agar dapat terangiku dengan senyuman

aku memilihmu

saat terik sinar menyengat dan membakar

ketika bulan sabit atau purnama

untuk menemaniku menyusuri dunia

aku memilihmu

dengan hati yang tak memilih waktu

sepenuh cinta tanpa masa

semenjak harap masih mendengung hampa


No comments:

Post a Comment